Thursday, October 8, 2009

Perona Pipi (Blusher)

Perona pipi yang berkualiti dengan warna yang menarik mampu menyerlahkan tulang pipi anda. Mempunyai dua ton warna.


Harga : RM18.00

Mandian Badan (Body Shampoo)

Body Shampoo - Diperkaya dengan ekstrak bunga-bungaan terpilih serta ekstrak teh hijau. Ia membantu melembutkan kulit anda sambil mengekalkan keseimbangan semulajadinya. Aura harumannya yang menawan akan menyelebungi anda dalam suasana yang penuh mesra.
Harga : RM23.00

Susu Pembersih (Cleansing Milk)

Cleansing Milk - Menanggalkan sisa solekan, minyak berlebihan, sel kulit mati dan debu di permukaan kulit. Ia mampu memberi kelembutan kepada kulit wajah. Ia dirumuskan dari bahan alami seperti ekstrak syuran hijau, ekstrak bunga melati dan ekstrak bunga mawar. Gunakan sebelum menggunakan fazial cleanser. Sapukan cleansing milk seluruh wajah dan leher. Buat urutan membulat seketika, kemudian lap menggunakan kapas muka bagi membersihkannya.
Harga : RM25.00

Gincu (Lipstick)

Lipstick - berpelembap rumusan royal honey yang mampu menjaga keseimbangan kelembapan bibir. Menghilangkan kesan garisan halus dan mengelakkan dari bibir kelihatan lebam dan tak bermaya. Diperkaya dengan vitamin C & E yang mampu merawat bibir agar kelihatan halus dan segar. Kandungan spf 15 melindungi dari sinaran UV yang berlebihan.

Harga : RM35.00

Set Perawatan Rambut (Hair Treatment Set)

Set perawatan rambut - Mengandungi Shampoo with Conditioner (Syampu rambut dengan pelembut), Hair Tonic (Penyegar rambut), Hair Vitality (penyubur rambut). Menjadikan rambut anda kelihatan sihat dan berseri. Diperbuat khas dari ekstrak buah keras/kemiri dan minyak kelapa dara.
Harga : RM1xx

Pembayang Mata (Eyeshadow)

Pembayang mata yang mempunyai pelbagai pilihan warna menjadikan mata kelihatan lebih terbentuk. Ia dikisar halus dan mampu meberi sentuhan yang lembut dan kalis kerut.


Harga : RM45.00

Bedak Dwi Guna (Two Way Cake)


Bedak dwi guna - Rumusan istimewa yang mampu menutup ketidaksempurnaan kulit. Memberi penampilan kompleksi yang halus dan sempurna dengan warna semulajadi. Menambahkan keyakinan si pemakainya. Mempunyai dua ton warna (Cerah dan sawo)

Harga : RM65.00

Pewangi (Perfume)


PEWANGI AURA PRIA IDAMAN (Khas untuk Lelaki)
Pewangi Aura Pria Idaman - Istimewa khusus untuk lelaki sejati bagi membangkitkan aura kasih sayang dan kedarjatan. Diformulasikan dari bahan utama seperti akar wangi jarum serunti, batu permata Amesyst dan Peridot, ekstrak limau nipis dan ekstrak bunga kenanga. Mempunyai kelebihan dan cara guna tersendiri.
PEWANGI AURA RATU PEMIKAT (Khas untuk wanita)
Pewangi Aura Ratu Pemikat - Istimewa khusu untuk wanita anggun bagi membangkitkan aura kasih sayang dan kedarjatan. Diformulasikan dari bahan utama seperti akar wangi jarum serunti, batu permata kuarza ros dan peridot, ekstrak bunga mawar dan ekstrak bunga jasmin. Mempunyai kelebihan dan cara guna tersendiri.
Harga : RM100

Set Percubaan Lelaki (Trial Set for Men)


Terdiri daripada tiga produk asas penjagaan kulit wajah iaitu Facial Cleanser Tea Tree (pembersih muka tea tree), Toner for Men (Penyegar muka untuk Lelaki), dan Moisturiser for Men (Pelembap untuk Lelaki)

Facial Cleanser Tea Tree - Membersihkan kulit wajah dari kotoran dan minyak berlebihan di permukaan kulit hingga ke liang pori sambil menjaga kelembapan kulit. Ia dirumuskan dari bahan utama seperti tea tree oil dan pati limau nipis yang mampu membersih, merawat dan memberi kesegaran kepada kulit dan minda. Tea tree oil kaya dengan antiseptic dan gunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari pagi dan petang.

Toner for Men - Berfungsi untuk menyegarkan dan menutup liang pori. Ia dirumus dari minya tea tree, ekstrak bunga mawar dan bunga melati. Digunakan setelah penggunaan facial cleanser tea tree. Tuangkan sedikit toner for men ke kapas muka dan tekapkan ke seluruh wajah. Jangan dibilas lagi. Rasai kesegarannya.

Moisturiser for Men - Mempunyai khasiat yang berganda kepada kulit wajah. Ia merupakan pelembap perawatan yang mampu memncerahkan kulit wajah. Menjadikan ton kulit wajah sekata, melambatkan pertumbuhan bintik-bintik hitam/jeragat, melembap dan menghaluskan kulit wajah. Menjadikan kulit anda lebih sihat, ceria dan awet muda. Gunakan setelah setiap kali menggunakan toner for men.

*SET PERCUBAAN LELAKI sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur.

Harga : RM75.90

Wednesday, October 7, 2009

Set Percubaan Wanita (Trial Set for Women)


SET PERCUBAAN WANITA

Terdiri daripada tiga produk asas penjagaan kulit wajah iaitu Facial Cleanser (Pembersih Muka), Day Cream (Krim Siang) dan Night Cream (Krim Malam)

Facial Cleanser - Membersihkan kulit wajah dari debu, minyak berlebihan dan kotoran pada permukaan kulit hingga ke liang pori sambil memberi kelembutan. Ia dirumus dari bahan utama seperti pati limau nipis yang mampu membersih, merawat dan memberi kesegaran kepada kulit dan minda. Gunakan sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan petang)

Day Cream -Ia berfungsi melindungi kulit dari sinaran UV yang berlebihan. Ia juga bertindak sebagai pelembap dab bedak asas. Penggunaannya mampu menghalang pertumbuhan jeragat / bintik hitam, melembap dan menghaluskan wajah. Gunakan dengan sapuan nipis ke seluruh wajah di waktu siang.

Night Cream - Ia membekalkan pemakanan berkhasiat untuk kulit wajah bagi mengekalkan keanjalan kulit, mencerahkan, menghaluskan, mengatasi bintik hitam / jeragat serta mengurangkan kedutan wajah TANPA PENGELUPASAN. Ia dirumus khas dari bahan alami yang berkhasiat untuk kulit wajah. Sapuan nipis seluruh kulit wajah hingga ke leher. Gunakan pada waktu malam sebelum tidur.

*SET PERCUBAAN WANITA ini sesuai untuk semua jenis kulit dan peringkat umur.

Harga : RM59.90

Salam Perkenalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada anda semua, kami bawakan khusus untuk anda Produk yang suci dah HALAL untuk kegunaan harian iaitu D'FAZLEY COSMETIC. Produk-produk yang merangkumi penjagaan wajah dan kulit yang diperbuat dari bahan-bahan alami yang HALAL. Kesemua produk telah dianalisa oleh Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP) untuk pengesahan dari segi keselamatan penggunaannya.

Berpusat di :

FAZLEY INTERNATIONAL COSMETIC SDN BHD
TINGKAT 12A, SEMUA HOUSE,
JALAN BUNUS 6,
50100 KUALA LUMPUR.

Kami menyediakan produk D'FAZLEY untuk anda. Hubungi kami dengan segera untuk mendapatkan produk ini. Kami juga boleh membuat penghantaran pos PERCUMA kepada anda jika anda jauh dari Lembah Klang.

Hubungi kami:

Sham : 019-2081572
Yana : 012-3581495